Pertandingan Teka Negara ASEAN

23 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Disember yang lalu, Pi Bukit Tandak telah menganjurkan pertandingan teka Negara ASEAN. Seramai 10 orang kanak-kanak menyertainya sempena cuti sekolah. Program ini bertujuan untuk mendidik para pelajar supaya mengenali negara ASEAN. Pelajar diberi masa untuk mencari maklumat di internet sebanyak 2 kali, kemudian mencari dan menampal nama negara pada peta yang telah disediakan.

Selain itu, sedikit taklimat klik dengan bijak, E-Waste dan Check Your Label juga diberi. Dengan adanya program seperti ini, staf Pi dapat mempromosikan aktiviti Pi dan produk dengan lebih baik dan menyeluruh.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas